Monday, 21 March 2016

PENCIPTAAN DAN PENGHASILAN BAHAN KIMIA BAGI SECTOR PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

PENDAHULUAN

   Pertanian adalah kegiatan manusia untuk memperoleh hasil yang berasal dari tumbuh-tumbuhan yang ditanam dengan sendiri atau tanaman yang berasal dari hutan. Penternakan ialah suatu aktiviti membiak haiwan- haiwan ternakan. Ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia kerana ilmu ini sudah membuka mata masyarakat dunia bahawa banyak kepentingan kegiatan pertanian dan penternakan dalam kehidupan seharian.




Isi dan Huraian
Dalil dan hadis
Ø Dan telah shohih dari Jabir rodhiyallohu ‘anhu dia berkata: telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا إِلاَّ كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَ مَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَ مَا أَكَلَتِ الطَّيْرُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةً وَ لاَ يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً
“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, dan tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah”. (HR Muslim).
Ø Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan
فَلاَ يَغْرِسُ الْمُسْلِمُ غَرْسًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ إِنْسَانٌ وَلاَ دَابَّةٌ وَلاَ طَيْرٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu manusia, binatang, dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga
hari kiamat’
Ø “Dan Dia telah menciptakan binatang untuk kalian. Padanya kalian dapatkan kehangatan dan kegunaan lainnya dan sebahagian lagi kalian makan. Dan kalian menikmati keindahannya ketika kalian menghalaunya ke kandang dan ketika kalian membawanya merumput di pagi hari. Dan merka memikul beban kalian ke negeri yang hanya dapat kalian capai dengan susah payah. Sungguh Tuhan kalian Maha Penyantun, Maha Penyayang.”(QS 16:5-7




Hukum
Ø    Dalam Islam, jika pertanian dan penternakan merupakan satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarganya, maka hukum bertani itu adalah fardu ‘ain baginya. Sementara itu, adalah menjadi fardu kifayah pula kepada sesiapa yang mampu melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan   yang cukup bagi semua.
               Menurut Dr. Zainal Azam Abd. Rahman seorang cendikiawan Islam dalam tulisan beliau dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2005, kegiatan pertanian dan penternakan menjadi fardu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat pribadi. Kebanyakan fuqaha' Islam berpendapat bahawa pertanian dan penternakan adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam dan suatu gagasan berbanding lain-lain jenis perniagaan dan perancangan projek-projek  kerana manfaat pertanian dan penternakan lebih meluas dan menjangkau kehidupan rakyat justeru kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat.




Punca dan kesan kepada manusia














Ø Penggunaan bahan kimia yang tidak diurus  dengan cekap dalam sektor pertanian juga menyebabkan gangguan kesihatan. Bahan kimia yang digunakan bagi tujuan pembesaran tumbuh-tumbuhan jika tidak dinyahtoksidkan sebelum dijual akan menyebabkan bahan kimia yang terserap berpotensi untuk mengaktifkan  kuman kanser dalam tubuh manusia. Begitu juga dengan agen penggalak berasaskan bahan kimia untuk tumbesaran buah-buahan  jika kandungan penggunaannya tidak dikawal boleh mendatangkan komplikasi kepada saraf dan sistem badan manusia.

Ø Selain mendatangkan kemudaratan kepada manusia, penggunaan bahan kimia yang tidak diurus dengan cekap dalam sektor pertanian juga boleh memudaratkan alam sekitar seperti pencemaran punca air bersih. Racun kimia jika tidak dilupus dengan betul akan menyebabkan sisa racun atau baja kimia ini mengalir masuk ke punca air seperti sungai atau parit. Ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air bersih. Begitu juga jika sisa racun ini diserap oleh tanah akan menyebabkan kandungan air bawah tanah akan tercemar dengan sisa kimia.
Ø Pengurusan sisa kimia yang tidak cekap juga akan mencemarkan udara. Semburan debu kimia dan racun cecair di dalam kawasan pertanian yang berskala besar secara kerap akan menyebabkan banyak bahan kimia terampai di ruang udara. Bahan kimia ini bukan sahaja akan menjejaskan kualiti udara, tetapi juga berpotensi untuk berlakunya hujan asid yang boleh menjejaskan  semua hidupan sekiranya hujan asid kerap berlaku.



Langkah- langkah
Ø Menggunakan baja organik kerana kos baja organik lebih rendah daripada penggunaan baja kimia.
Ø Pihak berkuasa haruslah menggurangkan pembuatan dan kemasukan baja kimia kedalam Negara kita.
Ø Pihak perternakan dan pertanian tidak menggunakan bahan kimia yang bahaya dalam pengendalian perternakan dan pertanian meraka.
Ø Haiwan ternakan haruslah dijaga dan diberimakan makanan yang boleh menyihatkan haiwan ternakan.
Ø Haiwan ternakan juga haruslah sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengelakkan haiwan ternakan dijangkiti virus- virus yg bahaya seperti virus H1N1.



 Isu pertanian dan peternakan










Ø Perluasan Aktiviti Penternakan Ruminan
Berpandukan DPN3, penternakan ternakan ruminan diperluas serta digalakkan secara integrasi di ladang tanaman kekal seperti kelapa sawit dan getah, terutamanya di estet-estet dan juga di rancangan tanah tersusun secara intensif. Usaha-usaha peningkatan pengeluaran telah disokong dengan pengimportan induk yang sesuai serta peningkatan bilangan induk tempatan melalui penyelidikan yang intensif. Walaubagaimana pun pengeluaran bagi sektor ini masih didominasikan oleh penternakan tradisional yang majoriti beroperasi pada skala kecil-kecilan.
Ø Peningkatan Melalui Rancangan Imbangan Dagangan (Balance Of Trade)
Usaha pengeluaran daging lembu, kerbau, kambing dan biri-biri telah dipertingkatkan dalam Rancangan Imbangan Dagangan (BOT Plan) dengan memberi penekanan yang lebih agresif ke atas teras dasar DPN3 dan mensasarkan peningkatan pengeluaran ternakan ruminan yang lebih tinggi berbanding sasaran DPN3. Sasaran DPN3 telah dikaji semula berasaskan kepada perkembangan dan kedudukan semasa negara untuk dijadikan sasaran bagi pelan tindakan BOT bagi tempoh 2006 – 2010.







Penutup
Demikianlah yang dapat kami paparkan mengenai sektor pertanian dan perternakan di Negara Malaysia. Saya berharap agar pihak berkuasa yg terlibat dalam sector pertanian dan penternakan dapat membendung penggunaan bahan yang membahayakan kesihatan pengguna atau pembeli seperti menghalang penggunaan bahan kimia yg bahaya untuk tanaman dan suntikan yang bahaya untuk haiwan ternakan.

Rujukan