PENDAHULUAN
Pertanian adalah kegiatan manusia untuk
memperoleh hasil yang berasal dari tumbuh-tumbuhan yang ditanam dengan sendiri
atau tanaman yang berasal dari hutan. Penternakan ialah suatu aktiviti membiak
haiwan- haiwan ternakan. Ilmu penternakan boleh dipelajari di
pusat-pusat pengajian di seluruh dunia kerana ilmu ini sudah membuka mata
masyarakat dunia bahawa banyak kepentingan kegiatan pertanian dan penternakan
dalam kehidupan seharian.
Isi
dan Huraian
Dalil
dan hadis
Ø Dan telah shohih dari Jabir rodhiyallohu ‘anhu dia
berkata: telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا إِلاَّ كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَ مَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَ مَا أَكَلَتِ الطَّيْرُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةً وَ لاَ يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً
“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, dan tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah”. (HR Muslim).

Ø Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan
فَلاَ يَغْرِسُ الْمُسْلِمُ غَرْسًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ إِنْسَانٌ وَلاَ دَابَّةٌ وَلاَ طَيْرٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu manusia, binatang, dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat’

Ø “Dan
Dia telah menciptakan binatang untuk kalian. Padanya kalian dapatkan kehangatan
dan kegunaan lainnya dan sebahagian lagi kalian makan. Dan kalian menikmati
keindahannya ketika kalian menghalaunya ke kandang dan ketika kalian membawanya
merumput di pagi hari. Dan merka memikul beban kalian ke negeri yang hanya
dapat kalian capai dengan susah payah. Sungguh Tuhan kalian Maha Penyantun,
Maha Penyayang.”(QS 16:5-7
Hukum
Ø
Dalam Islam, jika pertanian dan penternakan merupakan satu-satunya bidang
yang seseorang boleh lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan
keluarganya, maka hukum bertani itu adalah fardu ‘ain baginya. Sementara itu,
adalah menjadi fardu kifayah pula kepada sesiapa yang mampu melakukannya demi
kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua.
Menurut Dr. Zainal Azam Abd. Rahman seorang cendikiawan Islam dalam tulisan beliau dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2005, kegiatan pertanian dan penternakan menjadi fardu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat pribadi. Kebanyakan fuqaha' Islam berpendapat bahawa pertanian dan penternakan adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam dan suatu gagasan berbanding lain-lain jenis perniagaan dan perancangan projek-projek kerana manfaat pertanian dan penternakan lebih meluas dan menjangkau kehidupan rakyat justeru kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat.

Punca
dan kesan kepada manusia
Ø Penggunaan
bahan kimia yang tidak diurus dengan cekap dalam sektor pertanian juga
menyebabkan gangguan kesihatan. Bahan kimia yang digunakan bagi tujuan
pembesaran tumbuh-tumbuhan jika tidak dinyahtoksidkan sebelum dijual akan
menyebabkan bahan kimia yang terserap berpotensi untuk mengaktifkan kuman
kanser dalam tubuh manusia. Begitu juga dengan agen penggalak berasaskan bahan
kimia untuk tumbesaran buah-buahan jika kandungan penggunaannya
tidak dikawal boleh mendatangkan komplikasi kepada saraf dan sistem badan
manusia.
Ø Selain
mendatangkan kemudaratan kepada manusia, penggunaan bahan kimia yang tidak
diurus dengan cekap dalam sektor pertanian juga boleh memudaratkan alam sekitar
seperti pencemaran punca air bersih. Racun kimia jika tidak dilupus dengan
betul akan menyebabkan sisa racun atau baja kimia ini mengalir masuk ke punca
air seperti sungai atau parit. Ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air
bersih. Begitu juga jika sisa racun ini diserap oleh tanah akan menyebabkan
kandungan air bawah tanah akan tercemar dengan sisa kimia.
Ø Pengurusan
sisa kimia yang tidak cekap juga akan mencemarkan udara. Semburan debu kimia
dan racun cecair di dalam kawasan pertanian yang berskala besar secara kerap
akan menyebabkan banyak bahan kimia terampai di ruang udara. Bahan kimia ini
bukan sahaja akan menjejaskan kualiti udara, tetapi juga berpotensi untuk
berlakunya hujan asid yang boleh menjejaskan semua hidupan sekiranya
hujan asid kerap berlaku.
Langkah-
langkah
Ø Menggunakan
baja organik kerana kos baja organik lebih rendah daripada penggunaan baja
kimia.
Ø Pihak
berkuasa haruslah menggurangkan pembuatan dan kemasukan baja kimia kedalam
Negara kita.
Ø Pihak
perternakan dan pertanian tidak menggunakan bahan kimia yang bahaya dalam
pengendalian perternakan dan pertanian meraka.
Ø Haiwan
ternakan haruslah dijaga dan diberimakan makanan yang boleh menyihatkan haiwan
ternakan.
Ø Haiwan
ternakan juga haruslah sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengelakkan
haiwan ternakan dijangkiti virus- virus yg bahaya seperti virus H1N1.
Ø Perluasan
Aktiviti Penternakan Ruminan
Berpandukan DPN3, penternakan ternakan
ruminan diperluas serta digalakkan secara integrasi di ladang tanaman kekal
seperti kelapa sawit dan getah, terutamanya di estet-estet dan juga di
rancangan tanah tersusun secara intensif. Usaha-usaha peningkatan pengeluaran
telah disokong dengan pengimportan induk yang sesuai serta peningkatan bilangan
induk tempatan melalui penyelidikan yang intensif. Walaubagaimana pun pengeluaran
bagi sektor ini masih didominasikan oleh penternakan tradisional yang majoriti
beroperasi pada skala kecil-kecilan.
Ø Peningkatan
Melalui Rancangan Imbangan Dagangan (Balance Of Trade)
Usaha pengeluaran daging lembu, kerbau,
kambing dan biri-biri telah dipertingkatkan dalam Rancangan Imbangan
Dagangan (BOT Plan) dengan memberi penekanan yang lebih agresif ke atas teras
dasar DPN3 dan mensasarkan peningkatan pengeluaran ternakan ruminan yang lebih
tinggi berbanding sasaran DPN3. Sasaran DPN3 telah dikaji semula
berasaskan kepada perkembangan dan kedudukan semasa negara untuk dijadikan
sasaran bagi pelan tindakan BOT bagi tempoh 2006 – 2010.
Penutup
Demikianlah yang dapat kami
paparkan mengenai sektor pertanian dan perternakan di Negara Malaysia. Saya
berharap agar pihak berkuasa yg terlibat dalam sector pertanian dan penternakan
dapat membendung penggunaan bahan yang membahayakan kesihatan pengguna atau
pembeli seperti menghalang penggunaan bahan kimia yg bahaya untuk tanaman dan
suntikan yang bahaya untuk haiwan ternakan.
Rujukan